Tuesday

Our HIV test experience


Hi there!!.. assalamaualaikum…

When come to wedding preparation, the first thing that comes to our mind is wedding permission from Jabatan Agama masing-masing. So, Alhamdulillah kami berjaya dapatkan kebenaran tersebut walaupun terpaksa menempuh pelbagai ranjau nan berduri.

Seperti biasa, B2B kena buat hiv test kerana nak memenuhi kehendak form. Biasanya memang kena buat test ni dekat klinik kerajaan. Untuk B2B luar dari Selangor dan K.L sepatutnya tiada masalah sebab klinik kerajaan di negeri-negeri tersebut tak busy sangat macam Selangor dan K.L. In fact, actually, setiap klinik kerajaan telah memaksimumkan jumlah hiv test untuk perkahwinan ni iaitu sehari mereka hanya boleh buat 10 hiv test sahaja. Diulangi, 10 orang je taw… So, untuk menjadi salah seorang dari 10 orang ni sangatlah susah.

Syahida orang K.L dan tunang Mr. Chelsea orang N9. Tunang buat hiv test dekat N9 sekejap je. Datang klinik on the spot, terus buat dan terus dapat result. Berbeza dengan Syahida sebab terpaksa keluar masuk banyak klinik.

First klinik yang Syahida pergi ialah Klinik Kesihatan Datuk Keramat. Dekat sini, kena set appointment untuk dapatkan tarikh nak buat hiv test. Syahida pergi time tu hujung bulan 19.9 dan nurse bagi date hujung bulan 10. Mama Syahida pula nak jumpa tok imam awal bulan 10, memang kena tolak la date tu.

Then, Syahida pergi Klinik Kesihatan Ampang pula, dapat date appointment 9.10 tetapi result hanya akan dapat 2 minggu ke sebulan dari date appointment. Kena tolak appointment ni. Time tu dah tak tahu nak buat hiv test dekat mana, tapi mama Syahida call beritahu boleh buat test dekat Klinik Swasta then kena endorse dekat klinik kerajaan. Malam tu Syahida pun pergilah buat hiv test dekat Klinik Kita dekat Wangsa Maju.
Tapi, masalah tak berakhir di sini sebab nak sahkan hiv result tu still kena melalui bermacam-macam halangan. Since Syahida ade outstation 24.9 till 27.9, tugas mensahkan hiv result ni hanya dapat dilakukan 27.9. Sampai je K.L from Johor Syahida terus bergegas ke Klinik Kerajaan Selayang untuk sahkan. Malang tidak berbau, klinik tu dah capai maksimum 10 orang. Nurse suruh datang lagi hari Selasa sebab dorang just sahkan dari hari Selasa hingga Khamis.

Time tu sangatlah frust sebab Mr. Chelsea time tu tengah outstation and Syahida naik teksi ke Selayang. Hari tu Syahida melaburkan RM40 kepada teksi tetapi tanpa outcome yang diharapkan. Hari Selasa 2.10.12, Syahida pergi semula dan Alhamdulillah berjaya disahkan. Hari Ahad 07.10.2012, kami berjumpa tok imam dan tok imam mengofferkan diri untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk dapatkan kebenaran kahwin.

Perjalanannya sukar tetapi Allah sentisa memudahkan akhirnya. Usah dan doa sangatlah penting. Pengajarannya di sini, jangan lengah-lengahkan dan jangan tangguh-tangguhkan. Syahida bertunang 1.9.12 tetapi 17.9.12 baru terhegeh-hegeh nak buat hiv test. Memang salah sendiri.

Second, tunang (pihak lelaki) perlu memahami proses di bahagian perempuan sebab tanpa surat kebenaran kahwin daripada lelaki, borang perempuan tak lengkap. Dalam bahasa mudah, lelaki dah dapat kebenaran, baru perempuan boleh hantar borang untuk dapatkan kebenaran. Communication is really important.

As a conclusion, rancang betul-betul lepas tunang. Jangan jadi seperti kami!!!!

Psssstt: sebab perkara ni, Syahida menangis.. Syahida sangat stress since Mr Chelsea always outstation and I’ve commitment with my ACCA class. Syahida bukanlah seorang yang mudah menangis but this time, I have to..hehe..

1 comment:

.: iEyLa :. said...

dugaan tu dear..sabo2..