Friday

15 Disember 2012 ~ 5 tahun 1 bulan 5 hari

Assalamualaikum semua..


Mengimbas kembali detik-detik bergelar isteri akan membuatkan Syahida tersenyum sendiri..
 
Selepas bergaduh, bermasam muka, bercinta, bergelak ketawa bersama selama 5 tahun 1 bulan dan 5 hari, akhirnya kami sah bergelar suami isteri...Alhamdulillah Allah panjangkan usia kami untuk menikmati hari bahagia ini..

Mengimbas balik detik-detik bermakna ini, Syahida rasa sangat bersyukur.. Bersyukur kerana Allah mendengar dan memakbulkan doa Syahida.. Seringkali di dalam doa, Syahida meminta Allah memanjang usia kami, memohan hubungan yang dibina akan diikat dengan ikatan yag sah juga meminta dia lah lelaki yang Allah cipta untuk Syahida. 

sejujurnya, Syahida tak nervous sangat masa nak kahwin ni sebab masa tu Syahida lagi nervous nak exam kan.. perasaan nervous betul-betul muncul masa hari pernikahan. Masa hari pernikahan tu Syahida siap lambat sebab make up start lambat..nervous sangat masa tu sebab tok imam, Mr. Chelsea semua dah sampai.. Alhamdulllah masa tok imam panggil pengantin perempuan turun tu Syahida dah siap.. itupun Syahida baru siap.. Masa Tok imam tengah tazkirah tu Syahida tak focus pun sebb masa tu Syahida lupa nak bawa Ic sekali.. Alhamdulillah pengapit merangkap best friend Syahida tolong apa yang patut...
rasa sayu sangat masa tengok Abah nak nikahkan Syahida... 3 kali jugaklah abah kena ulang.. Syahida tak tahu lah abah nervous ke sedih ke apa nak lepaskan anak perempuan dia yang seorang ni.. Mr. Chelsea dengan penuh confident melafazkan akad dengan sekali lafaz, Alhamdulillah.. Mr. Chelsea kata dia puas hafal malam tu.. hehe..owh, masa lafaz taklik tu aki Syahida dah kebas...haha.. jadi x sempat nak buat drama air mata masa tu.. Selalu orang menangis masa tu la kan.. hehe.. 

Syahida tak sempat pun nak menangis..just tersentuh masa akad nikah.. itupun Cik Wawa dah prepare tisu awal-awal & lap mata Syahida before air mata tumpah.. tapi yang tak best kan videoman tanya Syahida apa perasaan lepas nikah, dia kata dia tengok Syahida tersengih jer.. memanglah Syahida tersengih je, kawan-kawan Syahida dah bahan-bahan "Puan Syahida" lepas akad nikah tu..malu je dengan videoman tu.. Mesti dia kata budak ni excited sangat nak kahwin...yup..In fact, memang excited sangat nak kahwin.. siapa taknak hubungan yang halal kan.. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, rasa seronok dapat meraikan hari yang bermakna dengan keluarga yang tersayang. kehadiran bestfriend sangat-sangat mengharukan.. rasa terharu sangat bila bestfriend sudi meluangkan masa datang ke majlis pernikahan Syahida.. dan sedikit terkilan tak dapat melayan dan spend masa bersama mereka.. tapi Syahida sangat hargai kehadiran mereka...

Lepas nikah, Syahida dan suami bertukar cincin dan gelang sebelum meneruskan majlis berinai. Yang best mase majlis berinai tu, Syahida dapat tepung tawar Mr. Chelsea, Mr. Chelsea pun dapat menepung tawar Syahida..lawak je rasa..hehe..merasa la jugak bersanding sebab kami tak bersanding masa kenduri..

*nota hati : Syahida x suke gambar kahwin Syahida.. Syahida cover senyum and end up semua gambar Syahida tak lawa.. *menyesal*

1 comment:

ainraus said...

eh eh? dah kawen? alamak. maaf ain taktahu.

tahniah ye. semoga berbahagia selamanya. :)