Tuesday

Allah Selalu Ada

Assalamualaikum semua..

hari ni Syahida nak share something yang dah lama Syahida fikir..
Its about Allah and us..

Allah selalu ada dan bersama kita kan..
Syahida banyak sangat dosa tapi bila Syahida susah, mesti Allah tunjukkan jalan dan Allah mudahkan Syahida..
Ia berlaku kepada semua orang cuma mungkin kita tak sedar atau kita rasa semua tu berlaku kerana kebetulan..

Hmm.. bila nak rewind balik setiap pertolongan Allah tu sebenarnya memang banyak sgt..
Mungkin Syahida dari kalangan mereka yang bertuah, jarang apa yang Syahida mahukan Syahida tak dapat.. 

Contohnya masa PMR.. Aim Syahida tak nak ada C dalam result dan Alhamdulillah Syahida dapat 2A 7B.. biar la 2A pun tapi Syahida tetap seronok (tapi family frust la :( )

Then, Syahida aim nak masuk UIA, Syahida dapat UIA..  Syahida aim nak kahwin tahun 2012 dan Allah makbulkan doa Syahida.. Alhamdulillah setiap perjalanan tu sentiasa dipermudahkan.. 

Hmm.. minggu lepas Syahida pinjam Mr. Chelsea punye ATM kad dan Syahida sangat la cuai sampai misplace ATM kad tu.. Kami perasan kad tu dah hilang masa odw balik Pahang time Maulidur Rasul.. Sampai rumah hari Isnin time Thaipusam, Syahida cari-cari dekat rumah tapi tak jumpa.. Mr. Chelsea dah pasrah dah..dia senyum je tapi Syahida tahu dia geram sebenarnya..kad ATM dia kan.. time tu pulak gaji baru masuk..kuikuikui.. tengok Mr.Chelsea macam tu, Syahida teruskan pencarian Syahida dan juuummppaaa dalam keadaan yang Syahida tak jangka.. mula-mula Syahida jumpa duit berselerakan atas  lantai..kemudian Syahida tengok-tengok kat lantai if kalau ada ATM kad tu.. Alhamdulillah.. ada atas sejadah.. Cam tak terfikir Syahida letak ATM kad tu atas sejarah.. Masa cari Syahida just selongkar-longkar almari sebab rasa macam letak dalam drawer.. Careless nye Syahida kan..

dan hari ni dalam Syahida pening fikir nak cuti Bulan 2 atau Bulan 3 (Cuti Syahida ada sehari je sampai bulan 3 ni) dan Syahida dah terfikir nak mc dalam salah satu bulan, tup tup buka system..dalam system cuti Syahida ada 17 hari start bulan 3 sampai bulan 12.. sepatutnya cuti tu bermula bulan 4 lepas Syahida confirm nanti tapi tu la..rezeki Syahida kan..so, boleh la Syahida cuti both month dengan selesa..

*nota hati : terasa sangat bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah.. cuma kadang-kadang terlintas dan berharap semua nikmat ni bukan untuk menjauhkan hubungan hamba dengan Penciptanya.. 

No comments: