Friday

Kerja lipat risalah, dapat beratus-ratus ringgit = SCAM

Pernah tak rasa terdesak nak duit lebih, google-google jumpa cara mudah dapat duit? Haaaa.. iols la tu. sesaja google pasal kerja dari rumah (impian sepanjang masa ni), tup tup keluar  la pasal kerja lipat risalah la buku la. Pendaftaran dia RM60 je. Ok la kan...
.
Gigih la kita whatsapp. Dapat reply.
Tapi forward pasal testimony memanjang.
Apa yang kita tanya tak di reply.
Terus copy paste no account yang dia bagi dekat google
Haaaaa.. ramai yang dah terkena rupanya!!!
.
Baca comment segala, ramainya yang dah transfer baru google pasal ni.
No whatsapps Cik Nieza, Cik Miera la apa tapi no account nya org lain.
Ni sampai sekarang, Cik Niza tu masih forward testimony.
.
Alhamdulillah Allah detikkan hati nak google dulu no account.
Dari awal dia Whatsapp testimoni.
Tak berjawab soalan.
Dah malam sikit baru dia reply, jawab soalan.
Kita bagi bluetick je la.
.
Walaupun cuma RM60 tapi tetap besar nilai duit tu.
Lagi-lagi kita yang memang nak cari duit extra ni.
Berhati-hati semua. Mintak dijauhkan dari orang-orang yang mengambil kesempatan ni.


No comments: